Mexican bun
Oleh:Farazila Fadzil
Like: Buku Resepi
Bahan filing :
- 200 gm butter (suhu bilik)
- 70 gm brown sugar
- 1/2 sudu kecil esen vanila
Cara membuatnya :
Pukul butter dengan mixer pada kelajuan medium speed lebih kurang 3 minit.
Masukkan brown sugar dan esen vanila. Pukul lagi sehingga sebati.
Letak dalam fridge sekejap kemudian bulatkan dalam anggaran 20gm berat (saya buat dlm sesudu besar) Simpan semula dalam fridge sehingga anda nak guna baru keluarkan.
Bahan topping :
- 200 gm butter (suhu bilik)
- 160 gm gula icing (diayak)
- 3 biji telur gred A - dipukul sedikit (saya guna 4 biji telur gred B)
- 1 sudu kecil perisa kopi @ 2 sudu besar instant coffee dibancuh dengan 1 sudu besar air. (Saya guna 2 sudu besar perisa cappucino).
- Secubit serbuk kulit kayu manis (dibancuh dengan kopi) - saya xletak
- 200 gm tepung gandum (diayak)
Cara membuatnya :
Pukul butter dan gula icing menggunakan mixer (medium speed) sehingga kembang.
Masukkan telur yang dipukul sedikit demi sedikit.
Masukkan perisa kopi. Kemudian masukkan tepung yang sudah diayak tadi sedikit demi sedikit. Pukul sehingga sebati guna low speed sahaja.
Isikan dalam piping bag utk memudahkan utk mendeco atas bun nnti.
Bahan doh manis :
- 500 gm tepung roti (diayak)
- 1 sudu teh bread improver (optional)
- 1 sudu teh bread softener (optional)
- 20 gm susu tepung (saya tak guna)
- 75 gm gula pasir
- 6 gm garam
- 8 gm yis (saya guna yis mauripan tinggalkan dlm 1/2 sudu teh)
- 1 biji telur (dipukul sedikit)
- 270 gm air @ susu (saya guna susu segar) - tak perlu guna susu tepung kalau menggunakan susu.
- 60 gm butter (suhu bilik)
Cara membuatnya :
Campurkan tepung, bread improver, garam dan gula dan gaul sebati. (saya menggunakan tangan sahaja).
Masukkan yis. Gaul lagi.
Masukkan pula telur dan susu. Gaul sebati dan tambahkan bread softener. Uli seketika sehingga semua sebati lebih kurang 5-10 minit.
Masukkan butter dan uli lagi sehingga doh tidak menjadi lembut dan tidak melekat. Saya uli lebih kurang 45 minit. Jangan risau jika doh sedikit lembut.
Tutup doh dengan plastik dan biar lebih kurang 10 minit. Kemudian tumbuk perlahan doh untuk keluarkan angin.
Ambil doh lebih kurang 45-50 gm dan bulatkan. Leperkan doh tu dan isikan dengan filing tadi dan tutup doh dengan cermat kerana jika tidak, apabila doh dibakar filing akan terkeluar. Ulang proses sehingga doh habis.
Griskan dulang pembakar dengan sedikit butter. Susun doh jarak-jarak seperti dalam gambar. Biar selama 45 minit.
Panaskan oven. Buat bentuk spiral di atas bun menggunakan topping tadi bermula dari tengah ke tepi. Bakar bun pada suhu 220 darjah selama 12-15 minit. Letak di rak tengah. Tetapi bergantung kepada oven masing2. (saya bakar 10-12 minit sahaja)
0 comments:
Post a Comment