Resepi Umi

Selamat Datang. Resepi disini hanyalah perkongsian yg didapati dari perkongsian di internet. Dan bukan hak milik penulis melainkan dinyatakan.


Resepi biskut Coklat Chips rangup.

Bahan-bahan ( ~100 keping )

1 cawan gula
1 cawan gula perang *
1 cawan mentega (~150gm)
1 cawan minyak
1 biji telur
1 sb susu segar
4 cawan tepung gandum
1 sk garam *
1 sk cream of tartar
1 sk baking soda
½ cawan walnut cincang [ Walnut boleh diganti dengan kacang jenis lain.]
2 cawan chocolate chips
1 sk vanilla extract

Cara-cara:

Pukul gula, mentega, minyak, telor, susu and vanilla hingga sebati.

Masukkan bahan2 kering, walnut dan chocolate chips

Adunan nampak lembik, sudukan satu sudu kecil ke atas dulang pembakar, tak perlu di gris.

Bakar pada suhu 350 ‘F (175’ C) dlm 10-15 minit (bergantung pada jenis oven)

Tips *
Jika rasa agak manis, boleh kurangkan gula perang kepada ½ atau ¾ cawan.
Jika mentega dah masin kurangkan garam kepada ½ sk.
Cookies ini agak rapuh, jika suka keras sedikit, tambahkan tepung jagung ikut kesesuaian keras adunan.
Utk cookies yang bentuknya cantik - selepas siap mengadun masukkan dlm fridge 30 minit, selepas tu boleh disudukan ke dlm dulang pembakar.

Selamat mencuba !!



Mexican bun

Oleh:Farazila Fadzil
Like: Buku Resepi

Bahan filing : 

- 200 gm butter (suhu bilik)

- 70 gm brown sugar
- 1/2 sudu kecil esen vanila

Cara membuatnya :
Pukul butter dengan mixer pada kelajuan medium speed lebih kurang 3 minit.
Masukkan brown sugar dan esen vanila. Pukul lagi sehingga sebati.
Letak dalam fridge sekejap kemudian bulatkan dalam anggaran 20gm berat (saya buat dlm sesudu besar) Simpan semula dalam fridge sehingga anda nak guna baru keluarkan.

Bahan topping :
- 200 gm butter (suhu bilik)
- 160 gm gula icing (diayak)
- 3 biji telur gred A - dipukul sedikit (saya guna 4 biji telur gred B)
- 1 sudu kecil perisa kopi @ 2 sudu besar instant coffee dibancuh dengan 1 sudu besar air. (Saya guna 2 sudu besar perisa cappucino).
- Secubit serbuk kulit kayu manis (dibancuh dengan kopi) - saya xletak
- 200 gm tepung gandum (diayak)

Cara membuatnya :
Pukul butter dan gula icing menggunakan mixer (medium speed) sehingga kembang.
Masukkan telur yang dipukul sedikit demi sedikit.
Masukkan perisa kopi. Kemudian masukkan tepung yang sudah diayak tadi sedikit demi sedikit. Pukul sehingga sebati guna low speed sahaja.
Isikan dalam piping bag utk memudahkan utk mendeco atas bun nnti.

Bahan doh manis :
- 500 gm tepung roti (diayak)
- 1 sudu teh bread improver (optional)
- 1 sudu teh bread softener (optional)
- 20 gm susu tepung (saya tak guna)
- 75 gm gula pasir
- 6 gm garam
- 8 gm yis (saya guna yis mauripan tinggalkan dlm 1/2 sudu teh)
- 1 biji telur (dipukul sedikit)
- 270 gm air @ susu (saya guna susu segar) - tak perlu guna susu tepung kalau menggunakan susu.
- 60 gm butter (suhu bilik)

Cara membuatnya :
Campurkan tepung, bread improver, garam dan gula dan gaul sebati. (saya menggunakan tangan sahaja).
Masukkan yis. Gaul lagi.
Masukkan pula telur dan susu. Gaul sebati dan tambahkan bread softener. Uli seketika sehingga semua sebati lebih kurang 5-10 minit.
Masukkan butter dan uli lagi sehingga doh tidak menjadi lembut dan tidak melekat. Saya uli lebih kurang 45 minit. Jangan risau jika doh sedikit lembut.
Tutup doh dengan plastik dan biar lebih kurang 10 minit. Kemudian tumbuk perlahan doh untuk keluarkan angin.
Ambil doh lebih kurang 45-50 gm dan bulatkan. Leperkan doh tu dan isikan dengan filing tadi dan tutup doh dengan cermat kerana jika tidak, apabila doh dibakar filing akan terkeluar. Ulang proses sehingga doh habis.
Griskan dulang pembakar dengan sedikit butter. Susun doh jarak-jarak seperti dalam gambar. Biar selama 45 minit.
Panaskan oven. Buat bentuk spiral di atas bun menggunakan topping tadi bermula dari tengah ke tepi. Bakar bun pada suhu 220 darjah selama 12-15 minit. Letak di rak tengah. Tetapi bergantung kepada oven masing2. (saya bakar 10-12 minit sahaja)


kek coklat lembap kukus ( moist cake)

Bahan A
1 cawan serbuk koko
1 cawan susu cair (fresh milk pon boleh)
1 cawan minyak masak/mentega cair ( minyak jagung)
1 cawan gula castor ( gula pasir pon boleh)
1/2 cawan susu pekat manis

Bahan B
1 1/4 cawan tepung gandum
1 sudu teh soda bicarbonate
1 sudu teh serbuk penaik

Bahan C
3 biji telur

Cara-caranya
Semua bahan A dimasukkan ke dalam periuk dan dipanaskan sebentar sehingga gula larut. Tutup dan sejukkan bahan ini.

Pukul bahan C hingga kembang. Masukkan ke dalam bahan A. Kaup balik hingga bahan C bercampur serata dengan bahan A.

Tepung gandum + soda + serbuk penaik dicampur dan diayak. Kemudian sedikit demi sedikit masukkan ke dalam adunan coklat tadi sambil dikaupbalikkan hingga serata.

Tutup bekas kek dengan aluminium foil - untuk mengelakkan air dari menitik ke atas permukaan kek. Kukus selama 1 jam @ sehingga kek masak.


Resepi Kek Batik Milo
Share :  Resepi Ummi  

Bahan-bahan

250g biskut marie – patah 4
150g butter
1 cawan milo
5 sudu besar serbuk koko
1 sudu besar esen vanila
1/2 tin susu pekat
1/2 cawan air
4 biji telur saiz A

Cara-cara

1.Campur milo, serbuk koko, esen vanila, susu pekat, air dan telur di dalam periuk.
2.Kacau sehingga sekata dan panaskan di atas api yang sederhana.
3.Masukkan butter ke dalam periuk dan kacau sehingga adunan menjadi pekat.
4.Masukkan biskut marie dan kacau sehingga sebati.
5.Masukkan adunan ke dalam bekas dan mampatkan.
6.Sejukkan dalam petik sejuk selama 1 jam sebelum dihidangkan.

Selamat mencuba !!





APAM STRAWBERI
Oleh:Nurul Syafiqah Mazelan
Like: Buku Resepi

Bahan-bahannya:

140 gm tepung gandum
1 1/2 sudu teh baking powder - diayak sekali bersama tepung gandum
110 gm gula halus
75 ml susu segar atau susu cair
2 biji telur 
1 sudu kecil ovelette
1/2 sudu esen vanilla / perisa strawberi
Filling/perasa adalah mengikut citarasa masing 
Sedikit perwarna hijau - untuk daun
Sedikit pewarna merah - untuk strawberi
Sedikit pewarna putih - untuk biji strawberi
30 keping mangkuk kertas

Langkah-langkahnya:
1. Pukul telur dan gula halus sehingga kembang 
2. Kemudian masukkan tepung gandum dan serbuk penaik yang telah diayak bersama diselang selikan 
dengan susu segar
3. Selepas itu, masukkan ovalette dan perisa vanilla. Putar sebati hingga nmpk kembang dan gebu
4. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian dan titiskan pewarna.
5. Masukkan setiap warna dlm piping bag atau plastik bersih.
6. Picit adunan ke dalam mangkuk kertas.
7. Letakkan filling yang digemari, untuk lebih mudah masukan ke dalam plastik kemudian picit.
8. Picitkan lagi adunan yang sama sehingga penuh dan kemudian dot-dot kan dengan warna pilihan.
9. Kukus 10-15 minit sehingga masak.

Nota: 
Jangan gunakan api besar semasa mengukus untuk mengelakkan apam ni jadi merekah atau mekar. Gunakan api yang sederhana sahaja.
Digalakkan untuk balut tudung periuk anda dengan kain bersih untuk mengelakkan air wap kukusan menitis jatuh ke atas apam dan menyebabkan apam tidak cantik. 
Adunan ini akan menghasilkan 30 biji strawberi
Antara rahsia apam anda gebu adalah ovalette diletakkan akhir sekali selepas tepung diputar sebati



1 ekor ayam – 1 1/2 kilo


*segenggam cili kering
*6 biji bawang merah 
*4 ulas bawang putih 
*1 inci halia 
*sedikit belacan 
*kunyit hidup 1/2 inci 
*serai 3 batang 
2 cawan santan
sedikit bawang goreng hiasan
garam secukupnya
asam keping

blend bahan yg bertanda *

Lumurkan ayam dgn garam dan kunyit..pastu goreng dlm minyak yg banyak..hingga tenggelam.angkat apabila sudah garing
Untuk kuahnyer tumis bahan blend dengan sedikit minyak hingga naik bau pastu masukkan bahan yg lain tambahkan garam secukupnya..kacau...tuangkan kuah keatas ayam yang digoreng tadi...pastu letak ayam diatas pinggan yg dah dilapik dgn daun salad dan timun.
aburkan bawang goreng dan hiaskan mengikut cita rasa.

SELAMAT MENCUBA


KRIM PAF.

Bahan-bahan:

65g Tepung gandum
Sedikit Garam
50g Mentega
150 ml Air
2 biji Telur ( dipukul sedikit )

Inti Kastard:

300 ml Susu segar
30g Tepung kastard
3 sudu besar Gula
½ sudu teh Esen vanila

Cara Menyediakan:

(1) Ayak tepung dan Garam ke atas kertas kalis minyak. Ketepikan.
(2) Jerang mentega dan air sambil dikacau hingga mentega cair. Kuatkan api dan biar mendidih kuat selama 1 minit.
(3) Padamkan api, masukkan semua tepung ke dalam periuk, kacau pantas.
(4) Bila adunan sebati dan tidak melekat pada periuk, ketepikan sehingga suam.
(5) Masukkan telur, kacau rata. Isikan ke dalam beg aising. Picit adunan ke atas tin pembakar beralas kertas timah.
(6) Bakar pada 220°C selama 20-25 minit atau hingga kembang dan keperangan.
(7) Buka ketuhar, cucuk setiap paf dengan hujung pisau. Bakar semula selama 5 minit. Angkat dan biar sejuk.

Cara Menyediakan Kastard:

(1) Larutkan tepung kastard dengan sedikit susu.
(2) Jerang baki susu, campuran tepung kastard dan gula atas api sederhana sehingga mendidih.
(3) Kacau adunan dengan whisk.
(4) Bila pekat, padamkan api. Masukkan esen vanila.
(5) Isikan ke dalam beg aising dan picit atau sudukan ke dalam krim paf.